Soalan: salahkah saya menuntut fasakh
Nama*: | syana |
Tajuk*: | salahkah saya menuntut fasakh |
Message*: | Asalamuailaikom ustaz..saya ingin bertanya jika saya tidak lagi dapat
Menerima suami disebabkan kesalahan yg dia pernah lakukan iaitu penagih
Dadah..saya cuba bersabar selama 10 tahun
sampakan rumah tangga x bertetap..sekejap di perak
Sekejap di rumah org tua saya.. saya mengaku saya ada kesilapan..
Saya da x mampu lagi untuk menerima dia yg skrg sudah tidak mampu bekerja..sampai kn keluarga saya sentiasa cari salah saya..saya terpaksa bekerja demi menyara ank2..tetapi apabila kembali dia kerumah org tua saya kkebenciaan tu semakin tebal..saya da x mampu lagi..jadi saya keluar dan
Tinggalkan ank2 dgn keluarga saya..kerana saya tepaksa bekerja..
Saya sygkn ank2 saya..tapi dlm masa yg sama saya harus bekerja.ustaz layakkah saya untuk menuntut fasakh demi kebahagiaan diri sendiri dan ank2..saya x sanggup lagi jadi isteri derhaka..disebbkn kebnciaan pada dia.. |
File Upload: | |
Salam
Puan, jika suami itu gagal juga diubati, masih tekal dengan dadahnya, saya kira wajar puan menuntut fasakh daripada suami.
Cuba bantu suami untuk terus berubat...
Visitor IP: 113.210.59.19
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.