Soalan: pengesahan lafaz talak
Nama*: | tolong kawan |
Tajuk*: | pengesahan lafaz talak |
Message*: | Askum ustaz, sy diana dr PJ.
Saya mpunyai kawan nama Nora dimana dia dan suami telah btengkar di dalam kereta setelah suaminya terbaca sms lama nora dgn seorg kawan lelakinya. Nora tidak mengaku pernah menjalin hubungan sulit dgn lelaki berkenaan krn bimbang suaminya akan btambah marah dan keadaan semakin teruk. Namun suami nora ada berkata "kalau ko skandal dgn lelaki tu, jatuh talak". Adakah jatuh talak tersebut sdgkan Nora tdk mengaku pernah mjalin hubungan tsbt dan adakah perlu nora mengaku kpd suaminya dimana dia percaya dgn pengakuan tsbt kemungkinan besar suaminya akan menceraikan dia. Tq ustaz. |
File Upload: | |
Salam
Wallahuaklam.. Maaf puan saya tidak tahu dan tidak dapat menjawab soalan ini.
tk
Visitor IP: 14.192.212.248
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.