Soalan: taklik
Nama*: | leeza ramli |
Tajuk*: | taklik |
Message*: | Assalamualaikum wbt.
Ustaz, suami pernah bertaklik seperti ini;-
"Kalau sekarang ini kau jumpa skandal..atau selepas ini buat apa jua jenis bentuk maksiat jatuh talak 1"
Persoalan disini ialah...saya tiada skandal dan tak jumpa skandal ketika itu. Yang memusykilkan ialah maksiat itu sebab terlalu umum..kerana kalau tertinggal solat pun setahu saya adalah salah satu maksiat juga..saya ada bertanya kepada suami apakah yang dimaksudkan maksiat itu katanya maksud dia yang tepat pada masa dia lafazkan taklik tu (sms) adalah sekiranya saya bersetubuh dengan lelaki selain suami(buat maksiat jenis ini). Adakah saya perlu yakin bahwa taklik ini masih samar atau jelas. Terima kasih ustaz. Wassalam. |
File Upload: | |
Salam
Penjelasan suami hendaklah diterima dan diakui benar kerana itulah yang dimaksudkan olehnya.
So, puan kenalah berhati-hati utk tidak terlibat dengan zina dan berskandal..
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.