Thursday, March 10, 2016

Soalan: Buntu dengan lafaz suami

Nama*:Syafiqah
Tajuk*:Buntu dengan lafaz suami
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Suami saya sering outstation dan baru-baru ini sebelum dia fly dia ada pesan pada saya jangan bersihkan kipas kerana dia tahu saya jenis yang suka berkemas. Tujuan dia adalah supaya tidak terjadi perkara tidak diingini seperti jatuh tangga kerana bila suami outstation saya hanya tinggal berdua dengan anak kami berusia 2 tahun.

Saya cuba kompromi dengan dia tetapi terjadi pertengkaran kecil yang akhirnya menyebabkan dia berkata "if the fans are cleaned, you are divorced". saya terkejut dan dia mengulanginya "if you clean any fans, you are divorced".

Persoalan saya Ustaz, bagaimana pula kipas-kipas itu tidak dibersihkan selama-lamanya? Lebih-lebih lagi kami menyewa rumah, dan jika kami pindah, kipas-kipas ini tetap akan dibersihkan oleh penghuni lain. Kalau orang lain bersihkan kipas adakah talak jatuh?

Saya bertanya pada suami, dia kata apa yang dia maksudkan pada waktu dia lafazkan adalah hanya sewaktu tempoh 2 bulan dia tiada di sini saya tidak boleh bersihkan kipas-kipas itu dan bukanlah selama-lamanya. Dan jika ahli keluarga saya datang, mereka boleh tolong bersihkan kipas itu untuk saya (maksudnya saya tidak perlu memanjat tangga tetapi membantu dari bawah sahaja). Jika selepas dia pulang dan jika dia outstation lagi saya masih boleh membersihkan kipas, maksudnya lafaz itu akan terbatal/void/null selepas dia pulang nanti.

Betul ke apa yang suami saya katakan? Atau selama-selamanya saya tidak boleh bersihkan kipas kerana bimbang talak akan jatuh?

Saya tidak sanggup untuk terus mengganggu bertanyakan hal ini pada suami saya yang sedang bekerja. Harap Ustaz dapat membantu meleraikan kebuntuan saya :(
File Upload:
Salam..

Hai puan ni, pelik betullah.. suami dah kata tak perlu buat, tak payah la nak buat.. tak kan benda kecil seperti ini pun hendak digaduh dan menimbulkan kemarahan suami.. SUami sabarnya ada batasan, jika permintaannya tidak diendah, dia rimas dan mungkin sebab itulah puan diberikan lafaz taklik.

Pada saya, pengakuan suami itu adalah betul dan benar. Dia lafaz taklik itu walaupun tidak disebut tempoh, tetapi dalam niatnya ada dihadkan selama dua bulan, maka pengakuan suami hendaklah diterima.

Suami sayang kepada puan, belajarlah menghargai kasih sayangnya.. hehe.. tk n sorry

Visitor IP: 14.192.208.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA