Tuesday, July 14, 2015

Soalan: terasa makanan

Nama*:puasa
Tajuk*:terasa makanan
Message*:salam ustaz,ketika sy berpuasa, semasa hendak solat tiba2 sy terasa ade bende di lidah.apabila sy teliti bende itu cuma air liur,ketika hendak telan tiba2 terasa lagi seperti rambut pendek.Sy telan je memangdangkan x jelas benda itu makanan atau rasa kering di tekak.Semasa telan sy tak rasa sebarang makanan pun.Cuma air liur.Yg sebenarnya sy selalu was2 ketika puasa.Saya cuba belajar apa2 yg terasa di dalam mulut untuk tidak dihiraukan melainkan benda tu memang betul2 makanan baru la sy ludah.adakah batal puasa sy ragu2 ketika terasa di tekak itu? mulut sy jenis senang kering walaupun sy minum air cukup memandangkan sy kerja dalam suasana econ. adakah sah puasa sy ustaz? mohon bantu.
File Upload:
Salam

Air liur nak telan segelenpun tak apa.. telanlah air liur tu...

Cuma jika ada sisa makanan, kenalah dibuang air liur itu.

Pastikan kebersihan gigi pada awal pagi bagi memastikan puasa kita tidak terganggu. itu sahaja.. Gosok gigi dan lepas tu, telanlah air liur... Usah dilayan keraguan dan was-was..
tk

Visitor IP: 115.133.202.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA