Thursday, July 9, 2015

Soalan: Diceraikan kerana mentua tidak suka

Nama*:Afsheen
Tajuk*:Diceraikan kerana mentua tidak suka
Message*:Assalam ustaz,
Saya telah berkahwin pada thun lpas, dan awal thun nie saya disahkan hamil. Saya mengalami alahan yg truk sgt sehingga mak sy perlu dtg ke johor. Jadi saya meminta keizinan suami utk balik ke kampung, dimana mak saya blh mjaga saya. Suami pun mengizinkan dan dia sendri yg menhantar saya blk kampung. Alahan yg truk tue membuatkn sy slalu ulang alik ke klinik. Selepas 4 bln lebih suami sy mengajak sy blk ke jhor, dimana dia nak sy tingal pula dgn mentua. Jadi sy pun bgthulah yg sy xnak blk ke sana krna nty myusahkn pula lg pun mmg stiap bln sy perlu ke klinik utk pemeriksaan. Tapi suami sy berkeras jg ngn sy utk blk ke jhor dan tingal di umh mentua. Sy masih x nak jg ikut, sbb nya smasa hamil nie lebih baik tingal dgn keluarga sy. Disbbkan sy xnk jg ikut, suami sy mula brckp kasar dan memaki sy. Suami jg telah mberi tempoh pda sy slama 2 hari jika sy x blk dlm tempoh tue akn jtuh talak 1..Suami sy pun da bgtahu yg dia mengikut ckap ibunya yg menyuruhnya bercerai jika sy x ikut blk kerana ibunya sudah tidak menyukai sy lg.Sy merasa hairan dgn tindakan suami sy nie sbb sy kenal dia bkn jenis yg tidak bertimbang rasa dan mudah bwa berbincg. Sy cma nk kepastian sja dan mrasa tidak sdap hty, sy berjmpa lah ngn pengamal perubatan islam. Didapati sy trkena shir oleh mentua, dimana dia nk sy dn suami berpisah. Apa yg sy perlu lakukan ustaz??
File Upload:
Salam

Pertamanya, puan cubalah ikut kehendak suami buat masa ini. Benar puan kena ke klinik, tetapi jika suami mahukan puan berada di sisinya, maka wajiblah puan ikut kehendaknya.

Jika benar suami itu dibomohkan, bawalah dia berubat, bantulah dia untuk menghilangkan gangguan dalam dirinya. Puan sendiri boleh cuba ubatkan jika puan seorang yang kuat...

Cuba penuhi kehendak suami dahulu daripada yang lain...

tk

Visitor IP: 120.141.244.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA