Soalan: Assalamualaikum.....Minta Jasa baik ustaz ... Padam nama dan email peribadi saya
Nama*: | ZZA |
Tajuk*: | Assalamualaikum.....Minta Jasa baik ustaz ... Padam nama dan email peribadi saya |
Message*: | saya lampirkan soalan dan jawapan yang telah ustaz berikan kepada saya..
bagus untuk rujukan
tapi disebabkan email dan nama penuh saya disiarkan membuatka saya sering diganggu...
maaf sekali lagi ustaz
saya berharap agar ustaz dapat membantu
Soalan: Kes Rujuk
Nama* Kes Rujuk
Message*: saya telah bercerai dengan bekas suami saya pada tahun 2010 dengan talak satu setelah selesai kes di mahkamah, dalam tempoh edah bekas suami telah memujuk saya pulang ke rumah kami untuk berbalik kepadanya. saya pun telah bersetuju, setelah dipujuk saya telah rela menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semula. masalah saya sekarang kami tidak merujuk kepada mahkamah diatas perkara rujuk kami. apakah status saya sekarang..
File Upload:
Rujuknya suami puan adalah sah. Namun prosedur mahkamah syariah tidak diikuti. Oleh itu puan dan suami dinasihati supaya membuat laporan mengenai rujuk semula ini kepada pejabat agama bagi tujuan rekod dan pengesahtarafan perkahwinan.
Visitor IP: 175.140.69.70
Powered by EmailMeForm |
File Upload: | |
Visitor IP: 60.49.36.119
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.