Friday, July 10, 2015

Soalan: cerai dan talak

Nama*:am
Tajuk*:cerai dan talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,, sy ingin bertanya kpd ustaz. Sy baru berkahwin hmpir 2 tahun.. keadaan rmh tga kmi sering bertelagah, suami sy bila marah sering menyebut perkataan cerai. Cth 'aku taknak dah hidup dgn kau lagi' ' aku menyesal kahwin dgn kau' 'kalau kau xnak cerai jgn ggu aq''Isn ni kita pergi pejabat kadi, jota cerail selalu ya lepas baik sy taya semula adakah awk maksud kan. Dia jawab tak sebab sy x berniat,masa tu saya marah @ sengaja takotkan awak @ ugut saya. Tapi hari ni dia cakap 'aku dah tak tahan dengan ko, aku rasa menyesal menikah dgn kau, aku dah taknak apa-apa lagi dgn ko' (dia mengatakan dalam keadaan marah., marah suami sy seperti org yg tidak mampu berfikir kerana dia seorang yg panas baran dan kerap memukuli saya ustaz. Apakah cerai itu telah jatuh?
File Upload:
Salam

Suami seperti ini kena dibimbing agar diatidak mudah bermain dengan cerai dan talak. Sikit-sikit nak sebut cerai, nak sebut tak suka, menyesal kahwin dengan kau.. isteri lagi menyesal bersuamikan seperti orang ini..

Pada saya, selagi dia tidak sebut dengan jelas, Aku ceraikan kau.. maka ia tidak menjatuhkan talak. Lafaz kinayah seperti itu masih meragukan. jika benar suami tiada niat, maka tidaklah jatuh talak lagi..
Walau bagaimanapun, elok kiranya puan merujuk kes ini ke pejabat kadi.

tk

Visitor IP: 14.1.193.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA