Soalan: kawin saya sah ke x
Nama*: | siti |
Tajuk*: | kawin saya sah ke x |
Message*: | Salam...sy nak tanya..saya kawin dgn suami sy dh dkt 3 bln..sblum kawin dia ckp dia duda..tp sminggu nk dekat kawin dia ckp dia rujuk balik dgn isteri dia..tapi kami tetap teruskan perkahwinan tanpa izin isteri dia tu..tanpa ada borang poligani..sah atau tidak? |
File Upload: | |
Salam
Pernikahan adalah sah apabila ada wali, dua orang saksi dan ijab dan kabul. Borang poligami itu urusan pendaftaran...
Masa majlis akad nikah tu, bapa ada tak? saksi nikah ada tak? Ijab dan kabul ada tak? Jika ada, maka sahlah pernikahan ini.
tk
Visitor IP: 203.82.90.47
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.