Friday, July 24, 2015

Soalan: taklik

Nama*:hafiz
Tajuk*:taklik
Message*:salam ustaz, sy ade mslh dr segi taklik.sy sudah lame mempunyai penyakit was2 dan lintasan hati yg kritikal..sy cuba belajar utk mejauhi was2 tp kadang2 ragu2 akan muncul juga.Masalah sy, mggu lepas semasa sy sedang rehat2 sy tgk kereta sy lalu sy terfikir nk modified kereta sy, semasa terfikir tiba2 datang fikiran lain cthnye : (nama samaran) Ali ingin modified kereta dan lepas tu Ali cerai isteri dia..lebih kurang mcm tu la lintasan. Adakah itu dikatakan taklik? xde pulak sebut KALAU itu ini. Cuma ada sambungan lepas terfikir pasal kereta.Sy sangat tkt untuk modified kereta sy tkt terjatuh talak..sngt kurang keyakinan yg mengatakan x lafaz. lagipun xde pulak sy dengar lafaz itu. lintasan spontan yg pantas membuatkan sy ragu2 sama ada terlafaz atau lintasan semata2. adakah kalau taklik terpacul bkn niat dimaafkan ?? boleh kata tiap2 hari lintasan tak diundang datang..mohon ustaz bantu sy. SALAM.
File Upload:
Salam


Was-was dn lintasan seperti itu tidaklah ia terjadi taklik dan tidaklah pula ia menjatuhkan cerai.

Cuma saudara kena berusaha gigih untuk menghilangkan was was dan keraguan dalam diri.

tk
Visitor IP: 1.32.116.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA