Soalan: boleh jatuh cerai ke?
Nama*: | dahlia |
Tajuk*: | boleh jatuh cerai ke? |
Message*: | Salam ustaz...saya ibu kpd 2 org anak dan isteri...
Suami nak makan rendang, so saya pun cakap 'pergi ler ambil serai dpn rumah'.. Suami kata ' saya tak tahu'....
Tiba2 saya pun ckp "dekat choong hoe ada jual cerai"..
Choong hoe tu nama kedai...saya nk ckp serai tapi lidah ni tersebut cerai tanpa sengaja...masalah betul lidah ni...
Kemudian suami saya jawab "ok,tp abg x tahu "..
"tak sempat nk beli lar"...suami pun terus capai pisau dan ambil serai depan rumah...
Bisa jatuh cerai kah ustaz?? |
File Upload: | |
Salam
Puan, yang boleh jatuhkan cerai ni ialah suami, kalau isteri sebut 100 kali cerai pun ia tidak akan jatuh talak..
Jika suami yang sebut cerai, sekali sebut dah boleh jatuh talak...
Dalam kes ini ia tidak menjejaskan apa-apa.. tersalah sebut cerai dengan serai.. tak ada apalah tu...
tk
Visitor IP: 1.9.102.18
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.