Sunday, July 5, 2015

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:faiz
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy nak tanya ustaz..sy kerap lalui lintasan dan bisikan mengenai talak.sy juga kerap berasa was2..sy tertekan sgt3 ustaz sy cuba melawan nya..dengan solat dan istifar..lintasan berlaku dari awal pernikahan saya.sy xtahu kenapa.sy byk beristifar kepada Allah.mintak dijauhkan dari gangguan ini...satu hari ketika baring disebelah isteri terpacul dengan tiba2 terlafaz seakan taklik dimana terkeluar dari mulut saya secara spontan 1(xboleh bersama (hubungan suamiisteri)dengan isteri semalam)iaitu xblh bersama utk mlm itu kemudian terlafaz 2(haram untuk satu malam saja merujuk kepada yg lafaz1)kedua dua berlaku secara spontan..saya mmg xda niat nk lafaz kedua dua lafaz itu ustaz ....kemudian sy keluar dari bilik dan beristifar..mlm 2 mmg sy dan isteri xda melakukan hubungan suami isteri..saya berharap sgt3 ustaz dpat membantu sya...ustaz sy mmg lgsg xda niat nk berkata sedemikian...sumenye berlaku secara spontan..mohon ustaz dpat rungkaikan 2 lafaz tersebut...
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan lintasan dan was-was seperti itu. Ia menyusahkan hidup saudara dan orang di sekeliling saudara. Percayalah dengan ilmu yang ada.. Usah difikirkan benda yang bukan-bukan.. cuba perhatikan orang lain, tak ada pun masalah was-was nak cerai, was-was nak wuduk, was-was nak bersih itu ini.. Cukuplah tu...

Lintasan hati usah dilayan, jika terjadi cepat-cepat nafikan. Talak tidak akan jatuh dengan lintasan hati semata-mata, ia perlu dilafazkan secara jelas, terang dan didengari oleh telinga sendiri...

tk

Visitor IP: 107.167.113.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA