Tuesday, July 28, 2015

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Ismael
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Assalamualaikum...
Semasa awal perkahwinan tahun 2011, isteri saya telah berselisih faham dengan kakaknya dan berlaku perang sindir-menyindir di media sosial facebook. Isteri saya telah membuat post di facebook dengan sindiran kakaknya membebankan ibubapa, menghambakan ibubapa kerja overtime sehingga lambat mengambil anak. Ketika saya terbaca post itu dalam keadaan marah saya telah mengucapkan " kalau awak post lagi benda-benda macam tu, saya ceraikan awak". Tujuan saya ketika itu untuk menghalang dia dari menyindir kakaknya dan mengakibatkan perselisihan faham berpanjangan. Setelah berlalu akhirnya hubungan mereka kembali baik. Namun pada tahun 2013 dia ada membuat post berkenaan kerjanya dimana dia merungut bos di tempat kerjanya susah meluluskan cuti pekerja.
Soalan saya :-
1. Adakah telah berlaku lafaz taklik pada ucapan saya terdahulu ? Kerana niat saya tidak mahu statement isteri mengeruhkan hubungan antara dia dan kakaknya (niat sekadar ugutan).
2. Sekiranya lafaz itu dikira lafaz taklik adakah post rungutan isteri saya berkenaan bos tempat kerjanya dikira dalam situasi tersebut.
Niat sebenar saya ketika itu supaya tidak terputus hubungan silaturahim antara keluarganya.
File Upload:
Salam

Pertamanya, saudara tidak perlu mengaitkan apa bendapun dengan talak dan cerai. kenapa nak marah je mesti dikaitkan dengan cerai. Itu  yang tak betul dan ia menyusahkan kita....

Walaupun niat sebagai ugutan, taklik tetap terjadi dan sah. Selagi mana ia masih dalam status suami isteri maka taklik itu terpakai. Maksudnya isteri tidak boleh membangkitkan di fb ttg hubungan dengan kakaknya, sampai bila-bila. jika tidak ia akan menjatuhkan talak...(itulah bahananya suami yang buat kerja tak betul).

Tindakan isteri memuatnaikkan bos yang susah lulus cuti tak berkaitan dengan taklik yang disebut, so ia tidak menjejaskan talak daripada lafaz taklik yang suami sebutkan dahulu.

tk

Visitor IP: 113.210.0.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA