Soalan: Kasut kulit
Nama*: | Mas |
Tajuk*: | Kasut kulit |
Message*: | Assalamualaikum,
Ustaz,
Dalam 6 bln sblm ini saya ade membeli kasut brand santa barbara polo racquet club.ada tulis upper leather sy tnye pada sales girl kulit apa jawapan nya adalah kulit lembu. Baru2 ini sy ada dgr isu berkaitan kulit babi digunakan pada kasut dan brg2 lain..ada ditunjukkan contoh kulit babi .sy pn melihat kasut sy rase nya tidak seperti yg ditunjukkan pada gamba itu.
Saya ade bertanya pada rakan2 dan mereka ckp bukan.sy seorang yg byk pkir .ade mase sy lihat lg kasut itu sy yakin ade mse sy risau. Mcm mane ye ustaz bleh beri pendapat dan nasihat.
Tk |
File Upload: | image.jpg |
Salam
Kulit babi boleh dikenal dengan tiga titik berdeketan pada permukaan kulit. Jika kasut itu tidak dikesan berupa kulit babi, pakai sahajalah. Usah difikirkan lebih daripada apa yang kita patut tahu.
tk
Visitor IP: 175.143.60.245
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.