Soalan: jenis talak atau tidak
Nama*: | mazlan |
Tajuk*: | jenis talak atau tidak |
Message*: | as salam. suatu hari sya dan isteri sya pergi berbuka puasa semperna majlis berbuka puasa company isteri sya.
dalam pada itu sya bergaduh dgn isteri sya. dan sya ajak dia balik. tp dia xnak balik, lepas tu sya ckp kat dia (sama ada dia dengar atau tidak sya x tahu sbb org ramai sgt) "kalau sya x datang sini lagi, ikut suka awk lah"... masa tu tanpa niat cerai pon.. tetapi lepas pada ucap itu sya terniat cerai tetapi xlafaz sama ada lafaz jelas atau lafaz kiasan.
berlaku talak atau tidak?
maaf mesej sebelom ini. |
File Upload: | |
Salam
Niat ditentukan pada ketika lafaz itu disebut. jika lafaz telah disebut lama, baharulah niat datang, ia tidak dikira lagi..
tk
Visitor IP: 219.92.68.176
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.