Soalan: talak
Nama*: | rizal |
Alamat Email: | rizoth@gmail.com |
Tajuk*: | talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya mengenai talak. 2 tahun lepas saya ada bertengkar dgn isteri berkaitan masalah kewangan. Isteri seorang teliti dalam urusan kewangan. Bila timbul masalah kewangan berkaitan hutang dgn bank, isteri amat marah sgt dan menyuruh saya melafazkan bahawa "jatuh talak sekiranya saya gagal menguruskan kewangan dgn betul sehingga timbul masalah menyebabkan tindakan diambil terhadap saya seperti kereta saya ditarik oleh bank". Isteri ingin mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan berhati-hati dlm menguruskan kewangan. Tengah haritadi saya dapat berita bahawa kereta saya telah ditarik oleh bank. Adakah jatuh talak terhadap isteri saya? Tk. |
File Upload: | |
Visitor IP: 183.171.160.111
Salam
Jika ucapan taklik itu dibuat secara paksa atau dipaksa atau terpaksa kerana nak jaga hatinya, maka ucapan itu tidak sah. Bila tak sah maka taklah jatuh talak.
Cuma kena pastikan lafaz berkenaan memang dipaksa..
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.