Nama*: | Pn. N |
Alamat Email: | nuryshamal@yahoo.com.my |
Tajuk*: | Talak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz, Mohon pencerahan drp ustaz berkaitan soalan-soalan yang saya ajukan ini. 1. Adakah jatuh talak sekiranya suami diugut oleh isteri pertama untuk memaksa suami melafazkan cerai talak 3 kepada isteri ke-2, dalam keadaan isteri pertama itu memegang sebilah pisau. (tidak pasti pisau itu dihalakan ke mana2anggota tubuh suami). Untuk makluman ustaz, ayat cerai itu dilafaz isteri pertama dan suami hanya mengulangi apa yang diucapkan oleh isteri dari awal hingga akhir dan lafaznya spt : aku......(nama suami) menceraikan....(nama penuh isteri ke-2) dengan talak tiga, sah mulai hari ini. Lafaz yang sama ini juga berlaku dua kali di mana tempat dan waktu yang berlainan cuma yang membezakan, isteri pertama tadi tidak memegang apa-apa senjata yg berbahaya pada kejadian kali kedua ini dan suami juga turut mengulangi ayat yang sama sehingga habis. Kedua-dua keadaan berlaku semasa pertengkaran dan dalam situasi marah. Kemudian, isteri pertama menghantar khidmat sms dengan text ayat cerai yang sama kepada saya melalui hp suami. Saya bertanyakan status saya dan suami menjawab saya masih sah sbgai isterinya kerana semasa kejadian, dia ada menyebut perkataan tidak, selepas melafazkan namanya..yakni sebelum perkataan menceraikan tetapi secara perlahan tanpa didengari isterinya. Isteri pertamanya amat yakin berlaku perceraian sementelah dia juga telah merujuk sendiri ke pejabat agama dan pegawai mengesahkannya. Soalan ke-2: Apakah jatuh talak ke atas isteri apabila suami membaca text sms ayat cerai yang sama seperti di atas berulang kali. (dihantar setiap masa ke hp suami) Soalan ke-3: Perlukah saya memanjangkan perkara ini ke pejabat agama kerana saya sendiri berasa was-was tentang status saya samada sah sebagai isteri ataupun tidak meskipun telah berusaha menangkis fikiran negatif atas nasihat suami dan tidak lupa juga bersolat hajat dan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi mohon agar dirungkaikan kekeliruan ini dan diberi petunjuk sekiranya masih saya berpaksikan kebenaran, benarkanlah... Dan andainya tidak, bermohon saya pada Allah SWT memberi kekuatan memperbetulkan apa yang tidak benar yang telah saya lalui selama lebih 8 tahun ini...Allahu Robbi... Dan yang terakhir, mohon ustaz berikan komentar berhubung text ini : "Di dalam perceraian talak secara jelas tidak bergantung kepada niat suami, kerana butiran dan jumlah talaknya adalah jelas dan difahami. Tiada unsur keliru atau tersilap cakap. Rasullullah SAW bersabda berkaitan perkara cerai atau talak, jika dilakukan oleh suami, baik di dalam sengaja atau main-main, adalah tetap jatuh cerai tersebut. Ini adalah hak Allah dalam hukum yang Allah telah tetapkan." Terima kasih ustaz. Mudah-mudahan ustaz dirahmati Allah SWT dalam usaha merungkaikan permasalahan yang tidak terjawab ini. Wassallam.. |
File Upload: |
Salam
Jika ia dilafazkan secara ugutan seperti di atas, talak berkenaan tidak jatuh. Suami terpaksa melaazkan kerana dia sendiri tidak tahan dengan ugutan spt itu...
JIka pengakuan suami bahawa dia tiada niat untuk menceraikan puan, bererti ia tidak menjatuhkan talak.
Puan boleh merujuk ke pejabat agama bagi mendapat info yang lebih jelas. atau boleh juga bertanyakan beberapa ustaz yg selayaknya sbg peneguhan.
Teks berkenaan adalah benar, cuma tiada disebut unsur paksaan di situ. Jika paksaan ia tidak menjatuhkan talak...
Alhamdulillah n terima kasih.
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.