Soalan: apakah status kami?
Nama*: | nadia |
Alamat Email: | nadia235186@gmail.com |
Tajuk*: | apakah status kami? |
Message*: | as salam ustaz,
saya seorang isteri.. sejak beberapa tahun ini kami tidak dapat kawal kemarahan diri.. saya baru je baik dari sakit buatan orang.. saya tidak setuju suami selalu menolong orang walaupun berkali kali dianiaya.. malam ini terjadi pergaduhan yang teramat tidak disangka sehingga suami berkata.. lepas aku siapkan kereta orang tu. aku lepaskan kau.. apakah dengan ini terjadinya cerai antara kami?? andai kata kereta itu siap adakah akan jatuh talak antara kami?? saya tak kesal tapi tindakan suami amat dasyat sehingga kan saya tidak dapat kawal emosi lagi.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 113.210.4.8
Salam puan
Jika benar lafaz suami seperti itu, maka jatuhlah talak takliknya. Jatuhlah talak satu setelah kereta itu siap (dibaiki?)
Jika mahu kembali bersatu, rujuklah kembali. Ajaklah suami dan kembali bersatu atas dasar iman dan takwa.
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.