Soalan: jatuh ke talak..?
Nama*: | liza |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | jatuh ke talak..? |
Message*: | Assalamualaikom ustaz...
Baru-baru ini sy dan suami bertengkar ..
Suami telah mengeluarkan perkataan..pergi kau jauh dari hidup aku..aku benci dgn perangai Kau,aku benci tgk kau..hati aku dah keras, kalau kau nak blk uma org tua kau aku bleh hantar.....
Setelah beberapa jam suami memberi tahu sy dia buat mcm tu sbb nk bg sy sedar dgn perangai dan kesalahan sy..soalan sy adakah jatuh talak pd sy.sy ada tnye suami ada niat ke utk bercerai .suami menjwb tiada.tlg beri pencerahan ustaz.terima kasih |
File Upload: | |
Visitor IP: 183.171.171.181
Salam
Jika sebutan seperti itu, ia adalah lafaz kinayah yg memerlukan niat. Oleh kerana suami telah jealskan ia tiada niat untuk cerai, maka tidaklah menjatuhkan cerai..
Moga kembali bertaut dan bahagia.. tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.