Thursday, May 29, 2014

Soalan: was was

Nama*:Fuzz
Alamat Email:@gmail.commahfuz
Tajuk*:was was
Message*:Sy rasa was was dgn kejadian yg telah sy alami pada 2 tahun yg lepas. baru2 ni terdetik dlm benak fikiran sy dan sering bermain dlm fikiran sy.

Pada ketika itu sy dan isteri bergaduh besar lalu sy pergi keluar dari rumah. Sy tak dpt mengawal kemarahan lalu sy menghantar sms kepada ayah mertua untuk meminta ayah mertua ambil isteri saya balik pada malam ni atau sy akan menceraikannya. Tetapi sms tersebut tidak sampai kepada hp ayah mertua pada hari itu, sebaliknya sms itu smpai pada ke esokkan harinya. Pada hari ayah mertua saya terima sms dari sy, isteri sy telah pun pulang kerumah ayahnya untuk beberapa hari dan isteri kembali kerumah sy.

Sy berharap dpt penjelasan/penerangan tentang hal masalah yg sy hadapi ini,

sekian
File Upload:
Visitor IP: 113.210.136.224

Salam

Jika saudara ada melafazkan 'aku ceraikan engkau' maka terjadilah talak. Jika saudara tidak melafazkan begitu, hanya sebagai ugutan sahaja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Adakah ia satu ugutan atau ia satu lafaz yang jelas disebut untuk cerai atau talak?

Saudara sendiri penentunya..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA