Tuesday, May 27, 2014

Soalan: cerai ke tidak

Nama*:wahidah
Alamat Email:vieonyx@yahoo.com
Tajuk*:cerai ke tidak
Message*:as salam ustaz.. sy ada kemusykilan. sy dan suami ada masalah. kami dh lame tak tidur sebilik dan tak bckp wpun dlm satu rumah. baru2 ne kami blk kg sy sbb mak n ayah sy nk bincang psl mslh rumahtangga kami..
kami sampi kg pd siang hari. dan pada mlm tu.. tetibe2 suami sy ckp dkt mak n ayah sy..dia blk sbb nk hantar sy kepada mak ayah sy.. dan dia mau blk kl mlm tu.mak n ayah sy mula tkejut. sbb besar maknanye bila dia ckp mcm tu.setelah berbincang suami sy ckp..masa siang td dia tadek niat pn blk kg nk lepaskn sy. tp mlm tu dia berfikir dan putuskn blk kl dan tgglkn sy di kg.

tp dia tak blk terus mlm tu.setelah kami menceritakn mslh n berbincang. cumanye sy nk kan kepastian. adakah telah jatuh talak ke atas sy..pd saat dia ckp pd mak n ayah sy dia blk hanya nk antar sy kepada family sy n pulangkn sy pada mereka.

sekian terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 175.143.63.121

Salam

Ucapan suami seperti di atas memerlukan niat suami untuk cerai barulah jatuh talak.

Jika suami berkata sedemikian tanpa niat cerai, tidaklah menjatuhkan talak. Baik berbincang dengan suami akan hal kedudukan ini.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA