Soalan: mandi wajib sah @ tidak
Nama*: | rina |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | mandi wajib sah @ tidak |
Message*: | Salam ustaz..nak tanya..
Saya mandi biasa dahulu kemudian baru mandi wajib.Setelah siap mandi, saya solat ..selepas solat, saya lihat di permukaan kuku sebelah tepi kuku terdapat macam kesan putih sabun yg boleh dikikis...masa mandi tiada kelihatan..selepas mandi dan badan kering, baru nampak..
Adakah sisa/ tompokan sabun pada permukaan kuku tu boleh menghalang air |
File Upload: | |
Visitor IP: 203.106.158.11
Salam
Mandi wajib dan mandi biasa adalah sama sahaja. Yang membezkan ialah mandi wajib diniatkan mandi wajib dan dibasahi ke seluruh anggota badan. itu sahaja.
Sabun tidalah menjadi halangan untuk terkena air ke badan, ia tidak menjadi masalah untuk sah mandi berkenaan.
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.