Soalan: jatuh talak
Nama*: | alya |
Alamat Email: | alyaya69@yahoo.com |
Tajuk*: | jatuh talak |
Message*: | salam ustaz,merujuk kepada jawapan ustaz, telah jatuh talak 1. tetapi masalahnya, pelanggaran taklik adalah 3 taklik dan kami khuatir telah jatuh talak 3 kerana 3 peristiwa yang berlaku dalam selang beberapa minit itu. adakah ia talak 1 kerana tiada rujuk selepas taklik yang pertama dilanggar, maka taklik ke2 dan ke3 menjadi tidak sah kerana hubungan sudah tidak halal? mohon pencerahan dari ustaz kerana suami masih berbelah bahagi untuk ke mahkamah. terima kasih |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.75.94
Salam
Jatuh talak satu dan pelanggaran taklik sah pada yang pertama sahaja. Ia tidak dikira pada pelanggran taklik ke dua dan ke tiga kerana pada saat itu, talak telah terjadi..
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.