Sunday, May 18, 2014

Soalan: jatuh talak

Nama*:alya
Alamat Email:alyaya69@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak
Message*:salam ustaz. saya baru berkahwin setahun lebih. tapi pada awal tahun ini, saya dapati suami saya telah curang dan saya meminta cerai di mahkamah tetapi setelah dipujuk suami, saya telah batalkan permohonan saya.hubungan kami menjadi dingin kerana dia banyak berdiam diri ketika di rumah kerana dia tidak mahu terjadi pertengkaran mulut. tetapi baru-baru ini, selepas makan tengahari, kami tidak ada bergaduh, dia telah tersebut 3 jenis taklik,dalam nada gurau tanpa niat cerai dan tidak sedar ia adalah taklik kerana kurang pengetahuan agamanya.dia telah cakap 1.kalau kau keluar pintu ni, aku lepaskan kau.2.kalau kau bangun dari duduk depan tv tu, aku lepaskan kau. 3.kalau kau bangun dari katil tu aku lepaskan kau.selang beberapa minit saya lakukan apa yang ditaklik kerana kami berdua tidak tahu ia adalah lafaz sah dan suami pun kata takpe. saya telah bertanya pada kawan-kawan dan mereka suruh rujuk pejabat agama dan pejabat agama minta buat pengesahan lafaz cerai di mahkamag. masalahnya, kami berdua tidak mahu perceraian kerana kami berdua masih sayang menyayangi dan tidak mahu berpisah dan kahwin lain kerana cina buta. kami berdua telah bertaubat dan meminta ampun kepada allah serta berpuasa 3 hari berturut-turut.salahkan kami kerana tidak mahu sahkan lafaz cerai itu di mahkamah kerana tidak mahukan perceraian. tolong jawab ye ustaz. terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 1.9.75.94

Salam Puan.

Jika dirujuk pada kes ini, ia ternyata menjatuhkan talak atas taklik yang dilafazkan oleh suami walaupun dia tidak tahu hukumnya.


Talak telah terjatuh satu. Harus diingat, ia boleh dirujuk dan boleh kembali bersatu sebagai suami isteri tanpa masalah.

Cadangan Pejabat Agama itu betul, supaya disahkan cerai talak satu, dan rujuk kembali...

Jadikanlah ia iktibar dan lebih berhati-hati. tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA