Sunday, September 30, 2012

Soalan: jatuh ke tidak talak

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh ke tidak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz yang budiman....
Saya mewakili pihak kawan2 saya satu ofice ada beberapa soalan nak tanya dengan ustaz.Harap ustaz boleh bagi jawapan secepat mungkin...Jatuh ke tidak talaknya pada situasi di bawah..
1)suami berkata"Saya ni dah tiga bulan lebih tak bagi nafkah kat awak..duit tak cukup je.kalau bawak pegi pejabat agama/mahkamah dah boleh dah".isteri jawab"kenapa awak cakap macam tu.awak nak bercerai ke?suami jawab"taklah,sya cuma bingung dah lama tak bagi duit.kesian plak kat awak."
2)isteri berkata"kalau saya tak kenang kan mak bapak saya,bapak awak yang dah tua,dan orang2 kampung, dah lama dah saya pegi pejabat agama mintak cerai.saya tak tahan hidup dengan awak" suami jawab"samalah...nanti apa pulak kata orang kampung rumah dekat2 pun nak bercerai"(kawin satu kampung)
3)selepas bergaduh isteri berkata kepada kepada suami"nanti kalau kita bercerai saya cabut cincin kat tangan ni(cincin pertunangan dan perkahwinan)buat apa nak pakai kalau dah bercerai..Suami jawab"bawak sinilah cincin tu.cabutlah cincin tu".isteri jawab"saya kata kalau kita bercerai,barulah saya cabut."suami hanya mendiamkan diri.lama selepas kejadian tu si isteri tanya pada suami samaada suaminya ada niat cerai ke tak.suaminya kata tidak berniat untuk cerai cuma nak menggertak isterinya saja.
4)isteri kata"seronoknya jadi agung.duit sentiasa je banyak."suami jawab "awak pegilah kawin dengan agung."isteri jawab"awak tak baik cakap mcm tu.saya ni isteri awak.awak ni ada niat nak cerai ke?"suami jawab"takdelah..saja je cakap macam tu.habis..awak dok puji agung banyak duit..."
5)setiap kali bergaduh suami akan packing kain baju,nak balik kampung,tinggalkan isterinya.katanya tak tahan asyik gaduh je pastu 2 3 hari jadi tunggul tak bercakap jadi lebih baik balik kampung.tapi beberapa kali suami buat macam tu tak pernah pulah dia balik betul2..apatah lagi bila tengok si isteri menangis.dia datang balik kat isterinya dan pujuk balik.
File Upload:

Salam Puan Nor,

Ringkasnya saya jawab seperti berikut;

1. Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan talak yang diucapkan oleh suami.

2. Tidak jatuh talak kerana tidak ada pengakuan talak secara jelas dalam bual bicara berkenaan.

3. Tidak berlaku perceraian kerana ia ugutan suami, seperti yang dinyatakan oleh suami

4. Tidak berlaku cerai pd kes agung...

5. Itu gurauan dalam rumah tangga... ada ke patut suami yang packing baju.. patutnya isteri yang merajuk... hai entahlah dunia dah nak kiamat..


Walau apapun, berhati-hatilah dengan kalimah 'cerai'... ia bukan mainan dalam perkahwinan seseorang..



Visitor IP: 203.82.95.112

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA