Thursday, September 20, 2012

Soalan: suami tipu perasaan isteri

Nama*:hamimi
Alamat Email:
Tajuk*:suami tipu perasaan isteri
Message*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak tahu, apakah hukum suami tipu perasaan isteri demi menjaga hubungan dan demi anak2?
Kawan saya pernah bercerai dengan isteri sebab tak tahan dengan perangai isteri yang tak pernah jalankan tanggungjawab, melawan, sakitkan hati suami, buat suami mcm orang suruhan, dan itu beri tekanan hidup pada kawan saya. 10 tahun perkahwinan minta berubah tapi tetap berkeras. Kawan saya jatuh cinta pada gadis lain lepas bercerai. Tapi demi anak2 yang harapkan seorang ayah, mereka nikah semula dan korbankan cinta dia bersama perempuan lain. Masalah sekarang, walaupun isteri dah berubah, kawan saya tak mampu untuk sayang isteri dia sebab masih terlalu sayang pada bekas teman wanita dan hati terlalu tawar dengan perbuatan isteri dia dulu. Yang ada hanya kasihan. Dia tipu isteri dia dengan berkata bahawa dia sayang pada isteri dia seorang je dan sudah melupakan teman wanitanya dulu. Sedangkan hati dia adalah sebaliknya. Dia tipu demi nak jaga hubungan, keluarga, demi nak anak2 bahagia. Berpura2 untuk menjaga hati isteri. Salah ke kawan saya? Saya kadang2 kasihan tengok dia pendam perasaan. Kesian juga pada isteri dia.
File Upload:

Salam Puan Hamimi,

Tidak salah menipu isteri untuk kelangsungan perkahwinan dan demi anak-anak. Berkorbanlah.

Cuma di sini perlunya suami mencari jalan terbaik buat mendidik isteri agar dia menjadi wanita solehah dan memahami tugasnya sebagai isteri. Sama-sama berusaha ke arah memperbaiki hubungan suami isteri. Tidak disalahkan isteri sahaja kerana pundak tanggungjawab rumah tangga letaknya pada suami. Suami perlu berperanan dan bijak mengurus kelakuan dan karenah seorang isteri.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Doa dan solat adalah kekuatan untuk kita merubah sesuatu keadaan.

Wallauaklam.

Visitor IP: 175.144.37.26

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA