Monday, September 17, 2012

Soalan: tanda tanya

Nama*:ZILA
Alamat Email:nr_zila@yahoo.com
Tajuk*:tanda tanya
Message*:Salam ustaz..

Saya ada 1 persoalan y perlukan jawapan daripada ustaz.. sekiranya sepasang suami isteri pernah mengangkat sumpah di atas Quran (tapi dalam masa yang sama masih samar2 dgn perjanjian tersebut), jika mengulangi kesalahan yang sama maka akan terjatuhnya talak mengikut perjanjian tersebut..

Untuk pengetahuan lelaki tersebut telah dipaksa oleh si isteri untuk melakukannya tanpa rela.

Soalan saya sekiranya didapati si suami masih melakukan kesalahan tersebut adakah talak tadi telah pun sah disisi undang2? Bagi saya perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana takut berlakunya hubungan terlarang diantara suami isteri tanpa pengethuan mereka sendiri.

Mohon jasabaik daripada ustaz untuk memeberikan penjelasan berhubung situasi ini bagi memastikan pasangan ini benar2 tidak berada dalam keadaan terus terpesong. Terima kasih atas perhatian daripada ustaz.
File Upload:

Salam Puan Zila,

Sebarang sumpah atau ikrar yang dikaitkan dengan 'cerai' / talak adalah dikira sebagai lafaz taklik. Dalam kes ini, saya kurang jelas apakah ikrar yang disebut antara pasangan suami isteri yang bersaksikan pula al-Quran.

Jika benar lafaz berkenaan dibuat, dan 'pantang larangnya' telah diingkar oleh pasangan, maka ia boleh menjatuhkan talak. Apabila jatuhnya talak, perlulah dipatuhi segala aturan syariat sewajarnya.

Berkaitan 'suami dipaksa berikrar', perlulah dipastikan sejauh mana bentuk paksaan itu berlaku. Adakah ada ugutan yang membahayakan, jika tidak ia bukanlah dianggap paksaan. Jika benar dipaksa maka ikrar berkenaan adalah tidak sah dan boleh diketepikan.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 10.22.102.112

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA