Soalan: sahkah rujuk
Nama*: | aina |
Alamat Email: | aina88fina@yahoo.com |
Tajuk*: | sahkah rujuk |
Message*: | sahkah rujuk bagi wanita yang sedang menyusukan anak (menyusukan anak boleh menyebabkan tiada /lambat datang haid)
dan dalam masa yang sama wanita tersebut mengambil pil perancang (melambatkan datang haid/tidak subur/mengelakkan mengandung ).
Soalan saya , berapakah tempoh edah bagi wanita tersebut? |
File Upload: | |
Salam Puan Aina
Tempoh edah bagi wanita yang masih punyai haid ialah tiga kali haid (atau tiga kali suci, menurut sebahagian ulama). Jika wanita menyusukan anak atau memakan pil boleh melambatkan tempoh haid, maka ia tidak menjadi alasan untuk membatalkan tempoh edah. Tempoh edah tetap kekal pada tiga kali haid (atau 3 kali suci).
Wallahuaklam
Visitor IP: 60.53.31.69
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.