Wednesday, September 5, 2012

Soalan: mohon cerai

Nama*:ina
Alamat Email:zaina99@gmail.com
Tajuk*:mohon cerai
Message*:saya seorg isteri (anak 3) yang mempunyai seorg suami yg bekerja sendiri (kontraktor) dan mempunyai kelakuan yang tidak begitu baik. dimana suami sering berkawan dengan perempuan2 lain (utk berhibur) dan dan baru2 ini beliau telah berkahwin lain tanpa persetujuan saya dengan perempuan yg merokok dan minum. selain itu beliau juga suka pergi ke kelab malam, minum benda yg tidak halal dan sering meninggalkan solat dan baru2 ini tidak berpuasa.ini semua saya ketahui melalui bukti2 yang sy perolehi.

masalahnya:
1. semasa beliau berada bersama saya beliau melakukan sembahyg, puasa dan memberi nafkah zahir walaupun tidak banyak.
2. dan pada masa sekarang beliau tidak adil dalam berpoligami, dimana beliau lebih kepada isteri barunya. dari segi masa dan wang ringgit serta layanan.
3. adakah saya berhak untuk menuntut cerai kerana saya mengalami tekanan kerana suami sering menipu saya.

cth:
a. suami tidak balik ke rumah pada waktu giliran sy dgn alasan berjumpa kawan padahal dia berseronok tgk wayang, dan pergi ke kelab bersama isteri barunya.
b. suami sering berkata tiada duit utk sy dan anak2 tetapi untuk isteri barunya mereka berbelanja dan makan di tempat2 yang mewah.
c. suami sering membawa isteri outstation kerana tidak bekerja dan balik kepada saya seminggu 2 mlm sahaja.



4. adakah saya perlu memendam perasaan dan redho dengan semua ini demi anak2.

terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan,

Masalah rumah tangga tidak pernah kita duga sebegini akan berlaku. Pada saya setiap perkahwinan perlu diperjuangkan untuk kekal selamanya, walaupun ada badai dan gelora, kerana kita berkahwin bukan untuk sehari dua, tetapi selama-lamanya. Berusahalah untuk kekal bersuami dan berkeluarga.

1. Puan perlu tabah dan redha menghadapi ujian perkahwinan ini. Biarpun puan tidak senang dengan suami puan, seabiknya kita bersabar dan berikhtiar mencari jalan untuk melunakkan hati seorang suami. Mungkin pada ketika ini suami puan tidak sedar langit tinggi dan rendah, terbuai dengan keindahan sementara yang tidak membawa untung di dunia apatah lagi di akhirat.

2. Puan, pada ketika menghadapi ujian sebegini, seharusnya kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, lebih banyak istighfar dan zikir, lebih banyak solat sunat dan sebagainya... Kerana ia adalah kekuatan dalaman seorang muslim. Binalah kekuatan ini dengan lebih kukuh dan konsisten. Insya-Allah, sampai ketikanya Allah akan tunjukkan jalan benar kepada suami dan puan juga.

3. Pada peluang yang baik, berbincanglah dengan suami dengan nada elok dan menghormatinya. Bincangkan masa depan keluarga dan anak-anak, bincang sedikit ttg agama dan tanggungjawabnya kepada Allah, bincangkan sedikit ttg peranan isteri (sbg reflek kpd peranan suami).... Semoga dia akan ada keinsafan untuk kembali bertaubat.

4. Saya percaya, orang yang kembali kepada agama (menghayati agama Islam) akan lebih bertanggungjawab dan tidak berlaku zalim kepada isteri dan anak-anaknya. Bimbinglah suami puan sebaiknya ke jalan Allah. Wujudkan suasana Islam dalam rumahtangga puan, supaya sesekali dia terpandang ada pencaran iman yang terjelma dari hati kita dan dari persekitaran yang kita wujudkan.

5. Berdoalah kepada Allah setiap langkah dan waktu yang diizin-Nya. Allah adalah kekuatan kita.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA