Wednesday, September 26, 2012

Soalan: Isteri Tidak Mahu Dimadu

Nama*:Haykal
Alamat Email:haykalshafaree@gmail.com
Tajuk*:Isteri Tidak Mahu Dimadu
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Saya seorang suami berumur 30 tahun telah berkahwin selama 4 tahun dengan isteri tercinta.

Sekian lama berusaha, kami masih tidak dikurniakan cahayamata walaupun telah melalui pelbagai cara dan perubatan. Setelah beberapa pemeriksaan kesihatan dan doktor pakar, isteri saya dikhuatiri mempunyai masalah peranakan dan harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk tujuan membetulkan peranakannya (tetapi tidak pasti 100% akan pulih)

Saya ingin memohon untuk berpoligami (walaupun saya tidak pasti saya mampu sekarang) tetapi isteri saya tidak mahu dimadukan dan dia lebih rela diceraikan. Maksudnya, sama ada saya tetap dengan dia atau ceraikan dia untuk berkahwin lain.

Pada masa yang sama juga, saya tiada niat untuk lepaskan isteri saya kerana saya masih cintai isteri saya dan saya menerima kekurangan dia (walaupun isteri saya ini kuat cemburu, selalu tidak mahu mendengar nasihat suami, dan sangat ego dan keras kepala dari saya sendiri) tetapi saya sentiasa sabar dengan isteri saya.

Tambahan lagi, saya selalu makan hati dan makin merasakan tidak bahagia dengan rumahtangga kami oleh kerana saya selalu menjadi mangsa makan hati mengalah dan mengaku dalam SETIAP pergaduhan antara kami tak kira siapa yang membuat salah, contoh:- jika saya tegur/marah isteri saya atas kesalahan dia, saya akan dimarahi kembali dan apa cara sekalipun saya berbincang, isteri saya tidak akan mengaku dan berundur dan meminta maaf dari saya. Maka, setiap kali ini terjadi, saya berkorban perasaan dan makan hati meminta maaf dari isteri untuk selesaikan pergaduhan itu. Sekian lama, perasaan kebahagiaan dan kasih sayang kepada isteri juga makin lama makin pudar., tetapi saya tetap yakin dan sabar.

Harap ustaz dapat memberikan pendapat ustaz, kerana saya ingin mendapatkan zuriat dari benih sendiri dari mengambil anak angkat. Saya tidak pasti bila atau betul2 isteri saya akan dapat pulihkan masalah kesihatan peranakan nya untuk kami mendapatkan zuriat. Maka disebabkan sedemikian saya perlu mengambil langkah sementara saya masih berkemampuan untuk berkahwin.


Persoalan saya:-

Saya ingin berpoligami untuk tujuan melahirkan zuriat sendiri., tetapi isteri tidak mahu dimadukan dan lebih rela menuntut cerai.

1) Apa perlu saya buat ustas? adakah betul2 saya perlu ceraikan isteri saya jika dia berkeras meminta cerai kerana tidak mahu saya berpoligami sedangkan saya tiada niat untuk ceraikan isteri saya ini.

2) adakah dari segi hukum membolehkan saya menceraikan isteri saya diatas keadaan/sebab seperti soalan 1?

sekian. terima kasih kerana luangkan masa ustas membaca email saya. assalamualaikum
File Upload:

Salam Sdr Haykal,

Tahniah kerana saudara menjadi suami yang baik, dan bertekad mahu menjadi suami yang baik.

Dalam hal poligami, amat jarang seorang isteri secara sukarela membenarkan suaminya berkahwin lagi. Biar kasih bagaimana sekalipun isteri kepada suaminya, mereka tetap keberatan untuk membenarkan dipoligami. Realitinya begitu.

Jika benar atas maksud untuk mendapatkan zuriat maka saudara berazam untuk berpoligami, maka pada saya ia suatu yang dibenarkan syarak dan seharusnya tiada halangan oleh isteri. Islam membenarkan poligami, hanya alasan itu yang kita 'munculkan' kemudian. Kahwinlah atas kemampuan saudara.

Saya tidak setuju jika perceraian dijadikan syarat untuk berkahwin kali kedua. Cubalah bersabar dan membimbing isteri pertama untuk lebih terbuka dan bersedia menerima poligami. Jika saudara berupaya membuktikan bahawa poligami itu suatu yang adil dan tidak menggugat hubungan kasih sayang suami isteri, saya kira isteri pertama lama kelamaan akan sedia menerima keadaan ini.

Jadilah suami yang bertanggungjawab dan memimpin isteri dan anak-anak ke jalan yang lebih baik. Teguhkan hubungan dengan Allah pada setiap waktu, kerana Allah adalah penentu yang terbaik dalam setiap kesudahan hidup kita.

Wallahuaklam dan terima kasih.



Visitor IP: 60.52.31.57

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA