Wednesday, September 12, 2012

Soalan: 3 Tahun tidak tinggal sebumbung

Nama*:Natasya binti Yusof
Alamat Email:lotong_sya@yahoo.com
Tajuk*:3 Tahun tidak tinggal sebumbung
Message*:Salam ,

Soalan saya hanya lah ringkas . dulu suami sy tidak pernah sembhyang , puasa , hutang ceti & beli no ekor . Kami menyewa. saya kuar dari rumah tersebut di sebabkan tuan rumah menelefon bahawa rumah sewa sudah 3 bulan tidak dibayar, jadi saya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah ibu bapa saya semasa suami saya berada di luar negara . merujuk kepada pejabat agama , saya telah membuka kes di mahkamah . sepanjang kes berjalan saya telah bertukar kerja & terpaksa berhenti untuk hadir ke mahkamah akibat susah untuk dapat cuti . Saya pernah berjumpa dengan suami saya untuk berpisah secara baik tapi suami tidak mahu lepaskan . hati saya kini sudah tertutup untuk terima suami saya lagi . 2 minggu sekali saya terpaksa pergi mahkamah . selalu cuti, itu yang menyebabkan saya terpaksa lupakan kes mahkamah . sekarang saya sudah tidak menerima suami saya lagi. tapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. apa yang boleh saya buat. sekarang hidup dengan dosa . tapi saya sudah tidak dapat terima dia lagi . tolong saya untuk selesai kan masalah ini ..
File Upload:

Salam Puan Natasya

Sememangnya hak cerai ada pada suami. Tetapi isteri boleh memutuskan ikatan perkahwinan melalui khuluk (tebus talak). Kes ini seharusnya dibawa ke mahkamah atas tuntutan tebus talak (khuluk) kerana keadaan suami yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak pasti kenapa mahkamah menangguhkan kes seperti ini terlalu lama. Kelihatannya ia menzalimi puan yang terpaksa bertukar kerja dsb. Mungkin puan boleh berurusan dengan peguam lain yang dapat membantu.

Bawalah banyak bersabar dan menginsafi kekurangan diri di hadapan Allah... Itu kekuatan yang berbaki kita ada.


Visitor IP: 175.139.139.123

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA