Soalan: jatuh talak atau tidak
Nama*: | aina |
Alamat Email: | aina88fina@yahoo.com |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan ceraisemasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan kau" kepada isteri,saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu saja, saya tak ade niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).
Soalan saya adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)? |
File Upload: | |
Salam
Sila rujuk kepada entry sebelum dan selepas ini... pada isu yang sama..
Visitor IP: 60.53.250.26
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.