Nama*: | deanabella |
Alamat Email: | deanabella88@yahoo.com |
Tajuk*: | cerai taklik |
Message*: | situasi saya. si suami : kalau kau keluar dari pintu ini (pintu utama) aku akan ceraikan kau dengan talak 3 si isteri : macamana kalau saya nak buang sampah? Si suami : buang sampah tak pe, depan- depan rumah ni xpe Si isteri: kalau pergi kerja? si suami : lepas pergi kerja balik terus rumah. Si isteri : kalau lepas pergi kerja nak terus g rumah mak? si suami : dah takde rumah nak balik dah.. keadaan waktu tu si suami sangat marah, dan tiada saksi. soaalan:adakah talak tu jatuh, dan macam keadaan yang akan buat talak tu jatuh ke atas saya. si suami pulak bila die dah sedar die xnak mengaku yang die telah melafazkan taklik kepada saya, soalan ke 2, die penah ragu-ragu yang anak saya kandungkn itu bukan anaknya padahal itu memang anak dia. |
File Upload: |
Salam Puan Deana,
Lafaz taklik yang disebutkan oleh suami puan adalah sah walaupun tanpa saksi dan dalam keadaan marahnya. Maksudnya, jika puan melanggar tegahan yang dinyatakan, akan terjatuhlah talak tiga.
Dalam hal ini, puan kena pastikan tidak melanggari 'tegahan' berkenaan. Soal suami tidak mahu mengaku, ia tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap ucapan dan perbuatan adalah tanggungjawabnya sendiri.
Mengenai keadaan suami puan tidak mahu mengaku anak dalam kandungan, itu perkara besar sebenarnya. Ia merupakan tuduhan bahawa puan telah berzina. Tuduhan zina tanpa saksi perlu dilakukan 'lian' (sumpahan laknat) ke atas isteri, dan isteri menafikan sumpahan laknat, berkenaan. Bagi menghilangkan keraguan, ujian DNA boleh membantu.
Puan dan suami sebaiknya perlu berdamai dan mencari titik pertemuan untuk menyelesaikan masalah keluarga. Berusahalah untuk kembali membina rumah tangga ini dengan baik, sempurna dan atas acuan agama Islam yang benar. Atas iman dan Islam, saya yakin segala kerumitan dapat diatasi, Insya-Allah.
Visitor IP: 60.53.130.215
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.