Friday, September 28, 2012

Soalan: lafaz cerai atau tidak

Nama*:efa
Alamat Email:fazura0203@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai atau tidak
Message*:Ketika saya hamil anak sulong, suami saya mengadakan hbgn sulit dan menyatakan hasrat utk berkahwin lagi sedangkan dia tidak mampu dari segi kewangan dan layak. Masih byk kekurangan dlm bimbingan dia kpd saya tapi ingin pula berkahwin lagi. Dia menjadikan alasan saya mengandung, sedangkan dia belum mahu anak sebagai alasan untuk berkahwin lain. Kami sering bergadoh tentang hal ini sehinggalah pelbagai kata2 dari suami telah keluar. Termasuklah 'Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai'.

Apabila keadaan sedikit reda, saya bertanyakan tentang kata2 beliau dan suami kata dia cakap tapi takde niat cerai.

Persoalan : Adakah telah jatuh talak ke atas saya?

Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Efa,

Cerai berlaku atas niat dan ucapan/lafaz seperti juga nikah yang berlaku atas adanya niat dan lafaz.

Ucapan seperti itu (('Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai')) yang bukannya jelas menunjukkan cerai hendaklah dikaitkan dengan niat sebenar suami. Oleh kerana niat sebenar suami (seperti yang puan nyatakan) tidak bermaksud cerai, maka tidaklah jatuh cerai berkenaan.

Itu berdasarkan apa yang saya fahami.



Visitor IP: 124.13.188.7

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA