Soalan: Talak sms Tanpa niat jatuh atau tidak
Nama*: | Ila |
Tajuk*: | Talak sms Tanpa niat jatuh atau tidak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz,
Suami saya terlibat dengan masalah yg besar dan begitu tertekan dengan keadaan hidupnya sehingga tidak balik Umah berminggu, keadaan yg terlampau tertekan itu menyebabkan dia hampir terjun bangunan kerana tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah yg dihadapinya. Kami anak bini tidak dihiraukan kerana dia terlampau tertekan dan dalam Tekanan yg dihadapinya, sy juga dalam keadaan tertekan dengan hidup yg diabai suami, mendesak agar dia melepaskan sy, dan Dia Tanpa berfikir terus balas sms sy yg berbunyi..' selesai surat beranak, jatuhla talak..'.
Sy ada bertaya die kembali kemudian ya dia mengatakan dia tidak sedar Dan dalam keadaan sgat tertekan dan sy pula mendesak, dia sms begitu.dia berkata dia Tiada niat mahu menceraikan sy.
jatuhkah talak jika begini? |
File Upload: | |
Salam
Maaf saya tidak dapat menjawab soalan ini. Tidak pasti.
SIla rujuk kes puan ke pejabat agama bg mendapat kepastian.
tk dan mohon maaf..
Visitor IP: 60.53.4.71
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.