Soalan: Mohon penjelasan
Nama*: | Dila |
Tajuk*: | Mohon penjelasan |
Message*: | Salam ustaz,
Terima kasih atas jawapan ustaz utk soalan saya td...
Cuma perkara ni terjadi sebulan yg lepas, boleh kah harini saya tanya akan suami akan niat/maksud ucapan nya?
Kalau suami kata suami tak maksudkan cerai, ia boleh diterima pakai ke iaitu talak tidak jatuh?
______________________________________________________________
Salam ustaz..
Apa hukum suami yg sedang marah berkata kepada isteri :
" aku tak nak tengok muka kau lagi",..
" aku benci tengok muka kau "..
Boleh jatuh cerai ke ? |
File Upload: | |
Salam
Perlu bertanya kepada suami kebenarannya...
jika suami kata tak ada niat, kenalah terima pengakuan suami itu.. tk
Visitor IP: 113.210.120.45
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.