Soalan: masalah rumah tangga
Nama*: | mira |
Tajuk*: | masalah rumah tangga |
Message*: | As Salam,
Saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak, dan mempunyai pekerjaan tetap. Sejak berkahwin saya tinggal di rumah mertua dan saya tiada masalah dengan mertua sehinggga kini. Saya mempunyai masalah rumah tangga dimana suami seorang penganggur sejak 3 tahun lepas. Segala perbelanjaan dapur dan anak-anak saya tanggung, akhir-akhir ini saya amat tertekan dengan suami saya kerana sering mengherdik saya kerana meragui saya ditempat kerja sehingga mengeluarkan ayat untuk melepaskan saya, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dengan nya, malah setiap kali berlaku perbalahan saya tidak pernah menjawap, ini kerana saya tidak mahu memperbesarkan-besarkan masalah yang tidak pernah saya buat, sesungguhnya saya berkerja untuk membantu suami dan anak-anak saya. persoalanya sekarang adakah kata-kata suami saya itu jatuh talak atau tidak??..dan apa yang perlu saya buat sekarang? |
File Upload: | |
Salam
Maaf kurang jelas apa yang diucapkan oleh suami... 'mengeluarkan ayat untuk melepaskan saya' ? apa ayatnya..
Jika sekadar nak lepaskan sahaja, ia tidak terjadinya talak lagi.
tk
Visitor IP: 103.245.88.248
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.