Soalan: Adakah ia lafaz kinayah bagi talak??
Nama*: | Ina |
Tajuk*: | Adakah ia lafaz kinayah bagi talak?? |
Message*: | Terima kasih atas jawapan ustaz...
Tapi nk tanya, adakah lafaz kinayah bagi taqlik?
Saya ada tanya suami, suami xde niat talak...
Dan kalau saya xminta maaf pun, suami hantar balik kampung , dan jgn balik lg rumah abang tu dlm sebulan dua bulan mcm tu...
Baru tadi suami jelaskan bila saya tanya, padahal hal tu terjadi malam tadi,.
Mcm mana tu ustaz?
Salam ustaz...
Saya bergaduh dengan suami sehingga suami hilang sabar dengan saya .
Saya merajuk dan buat perangai sehingga mak mertua pun marah saya.
Saya geram dan bertindak bermasam muka dengan mak mertua.
Kemudian, suami pujuk saya dan kami pun berbaik. Kemudian,
suami suruh saya minta maaf dengan maknya (mak mertua saya).
Saya taknak minta maaf,.
Suami pun berkata dengan tegas :
" pergi minta maaf dengan mak sekarang"! ,
" kalau taknak minta maaf dengan mak , esok abang hantar ina dan anak anak balik kampung, dan jangan berani balik semula kerumah abang".
Saya pun terus minta maaf dengan mak mertua.
Adakah kata kata suami merupakan lafaz kinayah bagi talak?
Adakah talak sudah terjadi?
Terima kasih |
File Upload: | |
JIka tiasa niat utk talak oleh suami, maka ia bukanlah terjadinya taklik.
Visitor IP: 113.210.64.229
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.