Nama*: | Ina |
Tajuk*: | Adakah merupakan talak kinayah |
Message*: | Salam ustaz... Saya bergaduh dengan suami sehingga suami hilang sabar dengan saya . Saya merajuk dan buat perangai sehingga mak mertua pun marah saya. Saya geram dan bertindak bermasam muka dengan mak mertua. Kemudian, suami pujuk saya dan kami pun berbaik. Kemudian, suami suruh saya minta maaf dengan maknya (mak mertua saya). Saya taknak minta maaf,. Suami pun berkata dengan tegas : " pergi minta maaf dengan mak sekarang"! , " kalau taknak minta maaf dengan mak , esok abang hantar ina dan anak anak balik kampung, dan jangan berani balik semula kerumah abang". Saya pun terus minta maaf dengan mak mertua. Adakah kata kata suami merupakan lafaz kinayah bagi talak? Adakah talak sudah terjadi? Terima kasih |
File Upload: |
Kenapalah nak bergaduh dan berkeras dengan mak mertua. Tak baik kan ..
Ia boleh terjadi taklik, jika suami bermaksud cerai..
Tapi dalam kes ini, puan telah minta maaf kepada mak mertua dan ia terhenti di situ sahaja kesnya. Tidaklah lagi terjadinya taklik dan tidaklah pula terjatuhnya talak.
tk
Visitor IP: 113.210.121.50
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.