Thursday, November 17, 2016

Soalan: cerai takliq dan lafaz cerai selepas cerai takliq

Nama*:llyza
Tajuk*:cerai takliq dan lafaz cerai selepas cerai takliq
Message*:Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..saya sekarang mempunyai masalah dengan suami dimana suami telah melafaz taliq sekiranya beliau mempunyai perempuan lain atau berhubung mana2 perempuan akan jatuh talak ke atas sy yg dilafazkan 4 bln lalu dan suami telah melangar yg dilafazkan pada bulan lepas..dan kami dlm proses untuk menyelesaikan masalah ini dimahkamah...tetapi belom mengikuti porses di mahkamah...smlm suami dan saya ada berlaku pergaduhan dan suami telah melafazkan talak tiga tehadap saya..adakah lafaz cerai talak 3 yg dilafaz kan sah atau saya masih dikategori kan dlm eddah lagi untuk cerai takliq yg blm ni..adakah lafaz cerai itu sah untuk kedua kali pada waktu eddah saya atau selepas cerai takliq?
File Upload:
Salam

Saya tidak dapat menjawab isu ini secara jelas.

Elok dapatkan keputusan mahkamah dan suami isteri kenalah berikan info yang benar dan tepat agar hakim dapat membuat keputusan yang benar.

Pelanggaran taklik akan menyebabkan jatuhnya talak satu. Itu yang pasti.

Setelah jatuh talak, tidaklah lagi ada status suami isteri..

SIla dapatkan ketetapan mahkamah dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 60.49.48.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA