Tuesday, November 15, 2016

Soalan: Adakah ia merupakan talak kias & boleh jatuh talak ke?

Nama*:Safiyya
Tajuk*:Adakah ia merupakan talak kias & boleh jatuh talak ke?
Message*:Salam ustaz...
Saya nak tanya satu soalan..harap ustaz sudi bagi penerangan..

Suami saya ada buat group whatssap keluargannya (emak, adik beradik dan ipar ). Suami saya admin dlm group whatssap keluarganya...

Semalam, biras saya ada sent sesuatu dlm group family yg buat saya rasa menyampah...tak berkenan dan mengada2...

Saya mesej suami saya , mesejnya berbunyi :
"Abang, keluarkan safiyya dari group yer"..
Maksud saya, saya meminta suami suami keluarkan saya dari group whatssap keluarga...

Kemudian, saya tengok semula whatssap keluarga, ada tulisan automatik,
"Suamiku sayang removed you"..
Bermakna, suami saya dah keluarkan saya dari group keluarganya atas permintaan saya,..

Soalan saya pada ustaz : situasi diataskan boleh jadi talak kias ke?
Sebab suami removed saya dari group whatssap keluarganya...Tapi saya masih lg sebahagian dari keluarganya, cuma nak keluar group whatssap keluarga shj.

Apa hukum saya minta suami keluarkan saya dari group whatssap keluarga suami, adakah ia merupakan talak kias sbb suami dah pun removed saya dari group...

Tk
File Upload:
Salam

Keluar group wassap tak ada kaitan dengan cerai..

Tak terjadilah talak..

tak semua benda nak dikaitkan dengan talak.. kan itu menyusahkan hidup je..

tk

Visitor IP: 1.9.102.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA