Soalan: perulangan niat
Nama*: | muhd thaqif hamidi |
Tajuk*: | perulangan niat |
Message*: | salam ustaz saya nak tanya ulangan niat masa mandi hadas tidak menjejaskan status sah mandi kan? ianya tetap sah dan tidak mengapa pun kan? saya selalu diganggu pelbagai bsikan dan bila saya ulang niat dimulut sampai selesai mandi hadas itu saya lebih fokus dan dapat ignore kan bisikan itu..disamping itu juga bila sye dengar niat yg saya ulangkan itu saya lebih tumpu dan sedar perbuatan yang sedang saya lakukan..adakah perbuatan ulangan niat itu tidak menjadi salah pun dan adakah mandi saya itu sudah memadai dan sah serta tak perlu nak buat lagi? |
File Upload: | |
Salam
MEmadai dengan sekali niat sahaja. Jika berlakunya perulangan niat, tidaklah menjadi kesalahan dan tidaklah membatalkan mandian berkenaan..
tk
Visitor IP: 183.171.24.111
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.