Tuesday, November 15, 2016

Soalan: Sah atau tidak talak

Nama*:Ina
Tajuk*:Sah atau tidak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..sy ada beberapa soalan yg meragukan sy & mohon ustaz bg penjelasan.

Pertama, suami pernah melafaz talak pd sy dgn brkaya seperti ini "keluar rumah mlm nie jatuh talak 3" tetapi dgn niat jika sy pulang ke kampung pd mlm itu..Jatuh tak talak tu sebab sy kua rumah tetapi tidak pulang ke kampung pd mlm trsebut...?

Kedua, suami pernah brckp dlm telefon dgn ibunya "Ibu,arin nak ceraikan ina" dlm situasi suami terlalu marah kerana kami sdang brgaduh ketika itu..selepas itu kami berdamai & suami ckp dia xde niat nak ceraikan sy & dia cakap sb trlalu marah ketika itu...Jatuh talak tak ustaz...?

Ketiga, suami pernah lafaz cerai ketika mengamuk & tertekan di sebab kan saya mendesak beliau supaya menceraikan sy kerana sy dah tak tahan dgn sifat baran dia lalu sy memaksa dia menceraikan sy lalu dia menyebut " aku ceraikan kau dgn talak 1,nah kau nak sanggat kan" dlm keadaan terpaksa..Pd keesokkan nya dia cakap tanpa niat krn sy mendesak dia ketika itu...jatuh talak tak ustaz..?

Keempat, suami mengamuk & marah sampai dia tak sedar apa yg dia ckp pd sy, tapi masa dia marah2 tu dia ada cakap "aku ceraikan kau dengan talak 1" sampai dirumah baru dia sedar dan dia tanya pd sy "tadi be ada sebut ceraikan ayg kan"....jatuh talak tak ustaz..?

Suami sy seorg yg pelupa,bleh dikatakan byk benda yg dia lupa wlaupun baru skjap td dia ada buat sesuatu pun dia tetap lupa..sy tanya ape yg dia lafaz kt sy pun dia tnya balik kt sy " yer ke td be ada ckp ceraikan ayg..yer ke be ada ckp mcm tu"
Mohon ustaz bg pnjelasan kt sy..
File Upload:
Salam

1. Telah terjadi talak tiga sebab isteri telah melanggar taklik suami. Taklik suami ialah larangan keluar rumah, tidak ditentukan pulang ke rumah ibu atau ke bandar dsb...

2. NAK ceraikan.. so, ia tidak terjadi talak pada ketika itu.

3. Jatuh talaknya sebab suami memberi respon kepada permintaan isteri

4. Jatuh talak satu

Kes pelupa itu hanyalah alasan sahaja, tidak boleh diambil kira sebagai pertimbangan syarak.

Dalam kes ini, berapa kali telah terjadinya talak ke atas isteri.. telah banyak...

Sila rujuk kes ini ke mahkamah bg tujuan pengesahan status perkahwinan anda.

tk.

Visitor IP: 14.1.225.193

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA