Tuesday, November 29, 2016

Soalan: Kekeliruan Talak


Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Kekeliruan Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan mengganggu jiwa raga saya. Saya sudah berumahtangga dan alhamdulillah saya melihat diri saya sekarang dalam fasa perubahan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi kejadian baru-baru ini seakan merencatkan perubahan saya ini. Saya seolah-olah kerap diganggu oleh 'kata-kata' dalam hati saya berkenaan talak. Sehinggalah pada suatu hari, ketika saya termenung seorang diri..saya bermain-main dan menggerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dalam keadaan mulut tertutup..saya pasti tiada suara yang keluar. Ketika menggerak-gerakkan lidah tersebut..seolah-ada ada suatu 'suara' dalam hati supaya niatkan gerakan lidah tersebut kepada jatuh talak kepada isteri. Saya seperti dikawal oleh 'suara' tersebut dan mengiakannya. Kemudian saya tersedar dan rasa bimbang dan was-was..adakah sudah jatuh talak dengan gerakan lidah tersebut. Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa talak untuk orang yang boleh bercakap hanya akan jatuh dengan LAFAZ & TULISAN sahaja. Betul kan ustaz? Sedangkan situasi saya tiada lafaz yang keluar (mulut tetutup rapat)..hanya gerakan lidah ke kiri ke kanan yg berlaku.
Namun ustaz, ketenangan saya tidak perolehi juga..perkara ini sering mengganggu saya, ibadat saya dan juga hubungan dengan isteri dan anak. Saya jadi lemah untuk beribadat..takde semangat..semakin kurang ke masjid kerana kadang mengalami kemurungan. Saya kerap memarahi anak saya kerana perkara ini. Saya jadi hilang semangat & murung.
Oleh itu ustaz, saya mintak jasa baik ustaz, untuk rungkaikan masalah saya ini..saya ingin bertanyakan kepada ustaz, kalau kita ketepikan rasa was-was..jika dari segi hukum syarak..adakah jatuh talak kepada isteri sekiranya situasi seperti di atas iaitu niatkan gerakan lidah ke kiri dan ke kanan kepada talak kepada isteri (DENGAN MULUT TERTUTUP & TIADA LAFAZ) berlaku dengan sengaja? Tolong la ustaz..ibadat dan hubungan kekeluargaan saya terganngu dengan perkara ini ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Usah dilayan dan usah dibiarkan diri terganggu oleh bisikan syaitan. Sila ubah perangai anda seperti ini. Ia hanya menyusahkan diri sendiri. Ketika orang lain bebas hidup, kenapa anda terperangkap dengan perkara 'bodoh' seperti ini.. Hilangkanlah keraguan dan gangguan seperti itu.

Jika tiada ungkapan yang keluar daripada mulut anda, tidaklah terjadinya talak. Lintasan dan gangguan dalam diri tidak menyebabkan terjadinya talak.

tk.



Visitor IP: 115.132.155.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA