Nama*: | MF |
Tajuk*: | Patutkah saya menceraikan dia ustaz? |
Message*: | Salam Ustaz, saya ada beberapa soalan hendak ditujukan tapi saya harap pihak ustaz dapat menyembunyikan nama & alamat email saya.
Saya berumur 20 tahun (L) dan saya sudah mendirikan rumahtangga baru 6 bulan. Pasangan saya berumur 24 tahun.
Sepanjang perkahwinan saya, kami kerap bergaduh. Pada awal perkahwinan saya anggap ianya suatu yang normal kerana mungkin kami masih belum bersefahaman tapi lama kelamaan pergaduhan kami jadi lebih teruk. Sejak dari hari pertama selepas kami bernikah isteri saya sudah meminta saya menceraikannya tapi saya memujuknya. Dia minta diceraikan atas alasan yang sangat tidak munasabah; saya sendiri tidak faham apa masalahnya sebenarnya kerana setiap kali saya bertanya dia akan jadi lebih berang. Saya di sini bukan berniat mengaibkan atau mengatakan di belakang isteri saya cuma saya ingin ustaz memahami situasi saya. Isteri saya dia seorang yang sangat dingin pemarah. Lama kelamaan saya perasan yang saya juga telah berubah jadi seorang yang pemarah. Sebab saya sudah tidak boleh terima dan mati akal. Setiap kali kami bertengkar @ ada salah faham, isteri mesti meminta saya untuk menceraikannya; bertindak sangat biadap, umpama saya ni bukan suami dia. Saya hanya mendiamkan diri setiap kali dia meminta cerai sebab saya tahu penceraian bukan satu benda yang mudah. Tapi saya sekarang dah mati akal ustaz, kalau sering diminta untuk diceraikan atas alasan dia mengatakan ini jalan yang lebih baik.
Sebenarnya kalau nak diceritakan sangat panjang tapi yang ini saja yang saya mampu katakan.
Patutkah saya menceraikan dia ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Pada usia perkahwinan baru enam bulan, adalah terlalu awal untuk bercerai. Cuba kenalpasti punca permasalahan yg terjadi. Kenalpasti kenapa anda berkahwin dan memilih pasangan ini pada awal dahulu. Jika ia adalah atas persetujuan bersama, maka tiada alasan untuk meninggalkan dia, mahu ceraikannya.
Saya percaya, isteri ada sebab kenapa dia bertindak sebegitu. Ada puncanya, ada alasan yang menyebabkan dia seperti itu. Barangkali dia hilang kepercayaan kepada suami, atas pengenalannya selepas berkahwin... mana tahu?
Di sini suami perlu bijak membantu isteri menerima kehadiran suami. Suami berperanan penting untuk membawa kebahagiaan kepada isteri.
Bawalah isteri solat berjemaah. Suami jadi imam dan isteri jadi makmum.. berdoalah dan berikhtiar untuk mendamaikan hati yang kian retak. usah dituruti nafsu dan panas baran darah muda. Belajarlah bersabar dan bawalah bertenang..
tk
Visitor IP: 175.143.103.249
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm