Nama*: | Shah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Rujuk 2 kali atau lebih dalam satu perceraian |
Message*: | Saya ada satu soalan, apakah hukumnya melafazkan 2 kali atau lebih lafaz rujuk dalam 1 kali cerai. Contohnya, suami isteri telah bercerai dan beberapa jam selepas itu, suami melafazkan rujuk buat kali pertama. Selepas dibawa ke mahkamah, mereka pergi ke pejabat agama dan suami melafazkan sekali lagi lafaz rujuk yang kedua untuk tujuan rekod. Apakah hukumnya ustaz? Adakah ianya menjadi kesalahan dalam hukum syarak berbuat demikian. Adakah rujuk yang kali kedua itu menjatuhkan cerai untuk kali kedua? Maaf ustaz, diharap ustaz dapat membantu insan kekurangan ilmu seperti saya. |
File Upload: |
Salam
Lafaz rujuk tidak mengapa disebut berulang kali kerana ia tidak menjejaskan apa-apa dalam ikatan perkahwinan. Hanya lafaz cerai atau alak tidak boleh disebut berulang kali kerana ia melibatkan jatuh talak pada bilangan yang disebut.
Bagi tujuan pengesahan mahkamah kadi), ulangan itu dikira sebagai satu penjelasan kepada apa yang telah disebut terdahulu. Dalam kes cerai atau talak, biasanya ia disebut lagi di hadapan kadi bagi tujuan pengesahan dan ia dikira sebagai satu talak sahaja, bukannya dua talak.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.