Soalan: Taklik
Nama*: | Kamarudin |
Alamat Email: | pak_supir@yahoo.com |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Seorang suami telah berkata kepada isterinya " jangan ada sesuatu di sebalik tabir, kalau tidak jatuh satu talak ke atas kamu"
Suami berang kerana isteri sering bermain FACEBOOK dan menutupnya segera jika suami berada dekat isteri. Kecurigaan suami terhadap isteri menyebabkan terkeluarnya ayat tersebut.
Soalnya sejauh mana kelakuan isteri yang menyebabkan talak itu jatuh andai dia masih berbual di Facebook itu? |
File Upload: | |
Visitor IP: 115.133.144.65
Salam.
Lafaz taklik suami ini adalah sah dan sebarang pelanggaran kepada lafaz ini akan menyebabkan jatuhnya talak satu.
Maksudnya isteri tidak boleh bermain facebook ketika suami ada bersamanya kerana itulah punca kebencian suami sehingga kalau ditutupi tabirpun, dia masih marah.
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.