Nama*: | Ad |
Alamat Email: | wallflowerkiddo@gmail.com |
Tajuk*: | Mandi Wajib |
Message*: | Salam. saya ada kemusykilan. saya mandi biasa tanpa sabun. cuma ratakan air. selepas itu, saya ada terbaca yang saya perlu niat sebelum mandi wajib, saya sudah niat, selepas tu saya terbaca juga, yang saya perlu niat serentak dengan siraman pertama mandi wajib. saya terlupa untuk niat pada siraman pertama. jadi bagaimana ya? perlukah saya mandi wajib lagi sekali? Saya keliru juga dengan "mandi biasa" – adakah saya perlu basahkan kepala (syampu dan sebagainya?). kerana saya keliru kerana pernah terbaca yang tidak boleh basahkan kepala untuk mandi wajib. harap ada yang dapat bantu. terima kasih |
File Upload: |
Salam.
Mandi wajib syaratnya ialah berniat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.
Soal niat pada siraman pertama atau selepasnya tidaklah menjadi masalah. Asalkan dalam masa mandi berkenaan, saudara berniat untuk mandi hadas besar. Mandi hadas besar wajib membasahkan rambut; membasahkan seluruh anggota badan. Mandi biasa tidaklah seperti itu. Syampu dan bersabun tidak disyaratkan pada mandi wajib, ia pilihan sendiri.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.