Thursday, November 14, 2013

Soalan: Cerai Taqlik

Nama*:Hafiz
Alamat Email:mhafiz_zulkifle@yahoo.com
Tajuk*:Cerai Taqlik
Message*:Salam.Saya ingin bertanya berkaitan dengan cerai Taqlik

1)ustaz memberi penjelasan bahawa suami boleh menarik balik lafaz cerai taklik terhadap isteri.akan tetapi apa yang saya faham dan pernah baca didalam beberapa blog yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah mengatakan bahawa taklik tidak boleh ditarik balik.Saya juga ada menonton rancangan wanita hari ini dimana ustazah yang dijemput mengatakan TAKLIK TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.Adakah maksudnya taklik terbahagi kepada 2,dimana ada yang boleh ditarik dan ada yang tidak.boleh tak ustaz tolong jelasakan..


2)Majoriti ulama (trutama 4 mazhab) mengatakan bahawa cerai taklik(lafaz yang sorih)adalah sah dan jatuh sekiranya dilanggar oleh si isteri walaupun suami tiada niat menceraikan(diamalkan dimalaysia).Tetapi ada pndapat minoriti membahagikan kepada 2 dimana pertama jika suami berniat menceraikan barulah jatuhlah takliknya,tetapi jika suami hanya berniat mengugut dan sebagainya maka takliknya tidak sah/jatuh tetapi diwajipkan bayar kifarat sekiranya dilanggar.(diamalkan di mesir).persoalannya kenapa ada perbezaan pendapat yang digunapakai diantara malaysia dan mesir.Pendapat manakah yang seharusnya kita ikut.Saya menjadi bertambah keliru apabila membaca satu ruangan di my metro dalam soal jawab agama dimana isteri telah melanggar taklik suaminya yang bukan niat menceraikan tetapi mengugut sahaja.ada 2 jawapan yang diberikan oleh ustaz yang menjawab iaitu menrut pendapat majoriti jatuh takliknya.tetapi menurut pendapat minoriti tidak sah/jatuh kerana suaminya menggunakan taklik untuk mengugut isterinya.Jadi yang manakah harus diikuti.Harap ustaz boleh tolong jelaskan. Adakah taqlik yang tidak boleh ditarik adalah selepas kita akad nkah..dan cerai taqliq tanpa hitam putih boleh ditarik balik?
File Upload:
Visitor IP: 175.136.234.108

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA