Soalan: mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah :
Nama*: | siti |
Alamat Email: | siti79@yahoo.com |
Tajuk*: | mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah : |
Message*: | Salam ustaz..
Ibu suami saya telah mendirikan rumah tangga dengan suami orang di mana ibu suami merupakan isteri ke-2..
Saya memang tidak suka dengan kehadiran suami baru ibu mentua saya..
Hampir setiap hari saya akan membincangkan hal tersebut bersama suami saya. Dalam saya berborak dengan suami mengenai hal tersebut, suami ada berkata "dia dalam masa nak ceraikan isteri pertama dia"..die nak ceraikan bini dia...
Soalan saya ustaz apakah hukum bila suami sebut perkataan 'cerai' di dalam perbualan kami itu. Saya tahu yang suami hanya bercerita dan perkataan cerai itu tidak ditujukan kepada saya..
Adakah jatuh talak terhadap saya?
Mohon penjelasan ustaz.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 60.53.17.133
Salam.
Ia tidak menjatuhkan talak kerana ungkapan itu tidak ditujukan kepad puan pada niat dan maknanya.
Penceritaan bukannya satu penegasan kepada cerai yang ditujukan kepada puan.
Terima kasih.
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.